Senaman dan regangan ringan untuk para gamers – Mudah tetapi selalu dilupakan

Bermain permainan video dan bekerja di hadapan komputer selalunya mempunyai banyak masalah.

Masalah tersebut adalah kedudukan postur anda ketika anda duduk.

Hal ini juga berlaku kepada para gamers yang bermain menggunakan telefon yang akan selalu menunduk.

Kita selalunya akan membongkok ke hadapan untuk berjam-jam, hanya melihat skrin terang dan memberi stress terutamanya kepada tulang belakang.

Anda berasa sakit belakang, kerosakan tulang belakang, sakit sendi dan pelbagai lagi masalah lain.

Apa benda mudah yang kita boleh buat untuk mengelakkan perkara ini?

Senaman tengkuk

Angkat kepala

Stretching Your Neck by Hanging Over the Bed : Workouts for a Healthy Body  - YouTube

Anda boleh membuat senaman ringkas ini di rumah atau gim.

Anda hanya perlu berbaring supaya kepala anda berada di hujung katil atau kerusi gim.

Baring dengan kepala anda berada di hujung dan secara perlahan turunkan kan angkat kepala anda sehingga dagu hampir mengena dada anda.

Ulang proses ini sebanyak 30 kali atau buat secara tiga set bawah 30 kali.

Turunkan kepala

Stretching Your Neck by Hanging Over the Bed - YouTube

Sama seperti di atas kali ini anda mengadap ke bawah.

Buat perkara yang sama seperti di atas dengan naik dan turun kan kepala anda.

Membuat senaman ini akan mengurangkan risiko apabila anda tidak menjaga postur badan ketika bermain permainan video.

Senaman jari dan pergelangan tangan.

Regangan dan senaman jari ini juga baik untuk anda yang banyak menggunakan jari terutama para gamers yang bermain menggunakan telefon.

Hal ini akan memberi anda masa untuk relaks dan mengelakkan kecederaan di masa hadapan.

Regangan tulang belakang

Regangan ini akan mengurang sakit belakang anda.

Regangan belakang ini akan mengurangkan sesakitan bagi tulang belakang dan otot di atas, tengah dan bawah.

Banyak lagi sebenarnya cara-cara untuk anda melakukan senaman dan regangan ringan untuk mengurangkan kesakitan dan lengun akibat bermain permainan video.

RELATED NEWS

+