DayZ Akan Mengakhiri Early Access, Tiba Di Konsol Pada 2018

Permainan video berkonsepkan survival, Day Z akan mengakhiri Early Access bermula tahun depan. Fasa beta dan versi konsol dijangka tiba pada 2018 juga.

Bohemia Interactive menjanjikan keluaran beta dan konsol sekian lama tapi sampai sekarang masih tiada. Namun, dalam satu kenyataannya, mereka akan memberi kejutan kepada peminat.

“Kami berdepan dengan schedule conflict tapi kali ini, kami sangat serius,” kata Lead Producer Bohemia Interactive, Eugen Harton.

Beliau turut menegaskan 2018 adalah tahun paling penting untuk Day Z dan peminat tidak perlu mengharapkan versi terakhir akan dikeluarkan sementara fasa beta sedang berlangsung.

“DayZ BETA bukanlah disasarkan untuk menjadi game yang sudah siap. Ia adalah platform permulaan yang akan dikembangkan oleh kami dan juga komuniti modding. Platform di sini bermaksud sebuah ekosistem yang mana kami boleh menambah kandungan dan menubuhkan komuniti DayZ daripada PC BETA.

“Kami ada memberitahu beberapa ciri yang akan ditambah dalam beberapa tahun ke hadapan tapi fokus utama kami ialah memastikan gameplay lebih polished dengan kandungan baru,”

Harton turut mendedahkan apa yang boleh dijangkakan dalam fasa beta terutamanya karakter pemain, zombi, haiwan dan lain-lain. Bagaimanapun, beliau berkata, satu ciri permainan tak akan dimasukkan ialah haiwan belaan seperti anjing pemburu kerana Bohemia tidak mempunyai teknologi secanggih itu buat masa ini.

Lebih banyak maklumat boleh didapati di laman web mereka termasuklah perancangan masa depan bagi DayZ dan komitmen Bohemia untuk membawa permainan ini di konsol terutamanya Xbox.

DayZ sudah berada dalam Early Access di Steam sejak 2013 yang lalu.

TAGS

RELATED NEWS

+