Demo Resident Evil 3 Akan Dilancarkan Tak Lama Lagi

Pelancaran permainan video seram Resident Evil 3 Remake (RE3) sudah tidak lama lagi. Selepas kejayaan Resident Evil 2 Remake (RE2) pada tahun lepas, Capcom semestinya mahu RE3 mencapai kejayaan yang sama.

Capcom telah mengumumkan bahawa demo percuma untuk RE3 bakal dilancarkan tidak lama lagi. Pengumuman ini dibuat melalui laman rasmi Twitter Resident Evil.

Malangnya, Capcom tidak menyatakan tarikh pelancaran demo ini. Penulis menganggarkan ia akan dilancar sekitar awal atau pertengahan bulan Mac. Anggaran ini berdasarkan demo RE2 yang dilancarkan lebih kurang sebulan sebelum RE2 dilancarkan.

Resident Evil 3 Remake akan dilancarkan pada 3 April 2020 untuk PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+