William Yagi-Bacon, Naib Presiden Platform Digital dan Pemasaran di Capcom USA."> William Yagi-Bacon, Naib Presiden Platform Digital dan Pemasaran di Capcom USA." /> William Yagi-Bacon, Naib Presiden Platform Digital dan Pemasaran di Capcom USA." />

Devil May Cry 5: Special Edition boleh dimain pada tetapan 4K 60FPS

Capcom kini telah mengesahkan bahawa Devil May Cry 5: Special Edition boleh dimain pada empat tetapan berbeza di PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series X. Perkara ini didedahkan oleh William Yagi-Bacon, Naib Presiden Platform Digital dan Pemasaran di Capcom USA.

Berikut adalah senarai tetapan yang boleh digunakan dalam permainan ini:

Bersama Ray Tracing:

  • 4K 30FPS
  • 1080P 60FPS

Tanpa Ray Tracing:

  • 4K 60FPS
  • Sehingga 120FPS (resolusi tidak dinyatakan)

Pada pendapat penulis, teknologi pencahayaan Ray Tracing tidak begitu penting dalam permainan pantas seperti Devil May Cry 5. Oleh itu, kebolehan konsol generasi baharu lebih berbaloi dipergunakan untuk mendapatkan pengalaman permainan 4K 60FPS.

Devil May Cry 5: Special Edition akan dilancarkan pada 10 November ini untuk Xbox Series. Versi PS5 pula akan dilancarkan pada 12 November.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+