aksi hack n’ slash yang dinanti-nantikan ramai peminat siri Devil May Cry setelah sekian lama satu dekad menyepi."> aksi hack n’ slash yang dinanti-nantikan ramai peminat siri Devil May Cry setelah sekian lama satu dekad menyepi." /> aksi hack n’ slash yang dinanti-nantikan ramai peminat siri Devil May Cry setelah sekian lama satu dekad menyepi." />

Devil May Cry 5 Ultra Limited Edition Didatangkan Dengan Sebuah Kot Dante Bernilai RM33,000

Devil May Cry 5 semestinya mempamerkan aksi hack n’ slash yang dinanti-nantikan ramai peminat siri Devil May Cry setelah sekian lama satu dekad menyepi.

Kepada kipas-susah-mati yang teringin sangat nak memakai kot panjang Dante, tak usah korang tempah tukang jahit tapi bersedialah untuk bayar sebanyak RM33,000 (USD$8,000).

Capcom Jepun baru sahaja membuka tempahan untuk Devil May Cry 5 Ultra Limited Edition didatangkan dengan kot replika untuk tiga teraju utama Devil May Cry 5: Dante, Nero dan V.

Antara tiga karakter yang boleh dimainkan dalam game ini, kot V mempunyai nilai harga paling murah iaitu serendah RM20,000 (USD$5,000).

Kalau lagi tertarik dengan kot Nero, korang boleh dapatkan dengan harga RM27,400 (USD$6,600).

Bagi peminat tegar Dante pula, kot Dante yang merah menyala merupakan harga busana paling mahal dengan harga RM33,000 (USD$8,000).

Dalam laman sesawang Capcom Jepun, mereka selitkan gambar model yang memakai kot Dante untuk imbasan game. Kalau korang membeli kot Dante, tentu sekali korang akan menggayakan kot Dante seperti model di bawah.

Buat masa sekarang, Devil May Cry 5 Ultra Limited Edition terhad di pasaran Jepun sahaja. Korang boleh sahaja terus beli dengan Capcom Jepun tetapi mesti ada tambahan kos shipping pula. Namun, kalau dah rela berbelanja wang lebih banyak daripada membayar ‘down payment’ rumah, rasanya kos shipping itu hal kecil bagi korang.

Devil May Cry 5 akan dilancarkan pada 8 Mac 2019 di PC, Xbox One dan PS4.

Sumber: Eurogamer

RELATED NEWS

+