Trailer Terbaru Devil May Cry 5 Menunjukkan Gameplay Brutal Dante, Karakter Ketiga Misteri Didedahkan!

Sempena Tokyo Game Show 2018, Capcom meraihkan kegemilangan Dante dalam trailer Devil May Cry 5 terbaru.

Korang boleh saksikan trailer gempak di bawah:

Meskipun sudah dimamah usia, anak Sparda masih lagi mengekalkan perangai acuh tak acuh bersama gaya hack-and-slash asal yang membuatkan siri Devil May Cry sentiasa berada di hati peminat lebih dari satu dekad.

Dante masih lagi menghunus pedang Rebellion dan menggunakan dua pistol: Ebony & Ivory untuk mengalahkan raksasa.

Selain itu, Dante dapat senjata baru iaitu sepasang sarung tangan berapi Balrog dan menaiki sebuah motorsikal baru dipanggil sebagai Cavaliere yang boleh berrubah bentuk menjadi sepasang gergaji gergasi.

Trailer ini mengesahkan duo Lady dan Trish bakal turut serta dalam Devil May Cry 5 serta menyelitkan bibit pertemuan pertama antara Dante dan Nico iaitu pencipta Devil Breaker yang menggantikan lengan Devil Bringer milik Nero dan cucu kepada Neill Goldstein yang menghasilkan Ebony & Ivory.

V tapi bukan nama sebenar? Jeng jeng.

Di penghujung trailer, gerangan ketiga misteri yang berjalan bersama-sama Dante dan Nero dalam poster utama juga didedahkan buat pertama kali. V adalah karakter ketiga boleh dimainkan dalam game ini dan kebolehan utamanya adalah menggunakan kuasa magik.

Capcom dan crossover berpisah tiada. Francais terkenal Capcom lain, Mega Man muncul dalam bentuk Mega Buster sebagai Devil Breaker untuk Nero yang korang boleh dapatkan dalam Devil May Cry 5 Deluxe Edition. Korang boleh saksikan trailer lucu di bawah:

Lebih-lebih lagi, Devil May Cry 5 Deluxe Edition memberikan kandungan menarik seperti cutscenes dalam bentuk live-action, seleksi tema muzik dari Devil May Cry 1 sehingga 4 dan banyak lagi. Korang boleh lihat imej di bawah yang menampilkan ketiga-tiga jejaka yang korang boleh main bersama kandungan diberikan dalam Deluxe Edition:

Devil May Cry 5 akan dilancarkan pada 8 Mac 2019 di PC, Xbox One dan PS4.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+