Dewan Bahasa dan Pustaka keluarkan istilah baharu bagi ‘nerf’ dan ‘buff’

Dewan Bahasa dan Pustaka pada semalam mengeluarkan dua istilah baharu bagi perkataan Bahasa Melayu dalam konteks permainan video dalam talian.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Dewan Bahasa dan Pustaka (@dbpmalaysia)

Buf masih menggunakan istilah pinjaman dari Bahasa Inggeris iaitu “buff” cuma konsonan ‘f’ dikurangkan satu sementara ‘nerf’ pula mempunyai sebutan dan ejaan yang sama dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Yang pertama itu bermaksud menambahkan kekuatan sesuatu (terutamanya karakter/hero) manakala nerf pula adalah mengurangkan kekuatan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Dewan Bahasa dan Pustaka (@dbpmalaysia)

Ini bukan kali pertama perkataan dalam konteks gaming ditukarkan ke Bahasa Melayu. Istilah-istilah baharu ini memudahkan bagi pengamal media dan penulis serta orang awam untuk berkomunikasi tanpa perlu risau jika terdapat kesalahan dalam kata pinjaman.

RELATED NEWS

+