Diggie dikenakan ban sehingga 16 Mei ini – Moonton

Baru-baru ini, hero support MLBB, Diggie telah diban di seluruh peringkat kompetitif pada Khamis.

Ini selepas orang daripada komuniti menjumpai pepijat yang boleh memberikan kelebihan kepada ahli pasukan Diggie.

Bug ini akan aktif apabila Diggie menggunakan Basic Attack ke pihak lawan ketika Diggie menjadi Young Again atau sebagai telur. Ia akan meninggalkan hitpoint dan boleh dilihat oleh pasukan yang mempunyai Diggie.

Apabila satu hero menyerang hero lain, ia akan ada hitpoint yang dijadikan sebagai sasaran untuk menyerang pihak lawan.Ini sudah semestinya memberi satu kelebihan dan Moonton serta merta ban hero itu sehingga 16 Mei (tamat Sukan SEA).

Ia merupakan satu masalah yang besar secara kompetitif kerana Playoffs MPL Filipina (PH) baru sahaja berlangsung dan disebabkan pepijat itu, mereka tidak membenarkan hero itu dimainkan pada minggu ini.

MPL PH sangat gemar menggunakan Diggie semasa Regular Season di mana pemain seperti OhMyV33NUS (Blacklist International) dan Owgwen (Bren Esports) cemerlang dalam penggunaan hero ini.

Ia sama sekali akan mengubah sedikit strategi Blacklist International dan Bren Esports yang ada masanya menggunakan hero ini.

RELATED NEWS

+