DisguisedToast kembali ke Twitch

Selepas dua tahun bersama Facebook Gaming, DisguisedToast mengumumkan dia kini kembali ke platform penstriman asalnya, Twitch.

Toast atau nama sebenar Jeremy Wang, melalui video pengumumannya di Twitter “Saya tidak sangka saya akan kembali ke sini secepat ini, tetapi inilah ia, dua tahun, masa untuk platform baharu.”

DisguisedToast kini memiliki jumlah pengikut di Twitch seramai lebih 2 juta menambah “tempat ini saya merasakan seperti di rumah. Ramai penonton, peminat yang menonton saya di platform ini dan ianya masuk akal.”

DisguisedToast cukup terkenal dengan permainan Heartstone sebelum menjadi fenomena Among Us pada tahun lalu. Dia turut bermain pelbagai permainan lain di strimnya seperti League of Legends, Teamfight Tactics, Grand Theft Auto dan VALORANT. 

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+