Tak habis lagi dengan Dendi yang sekarang sedang mencari skuad baru, heboh pula pemain support Navi, Ilya “Lil” Ilyuk yang mengumumkan beberapa hari lepas pasal hasratnya untuk tubuhkan pasukan sendiri bagi menghadapi musim Dota Pro Circuit seterusnya.
Dinamakan Odium, pasukan itu dianggotai oleh tiga pemain dari CIS. Ini bermakna mengikut lineup, Lil dah pun mempunyai dua offlaners dan dua supports.
Bekas ahli pasukannya dari Natus Vincere, Victor “GeneRaL” Nigrini juga menyertai bersama bekas ahli Team Empire, Andrey “Ghostik” Kadyk (offlaner). Kapten dan pemain support Vega Squadron, Semion “CemaTheSlayer” Krivulya juga mengumumkan akan menyertai Odium.
Barisan pemain terkini Team Odium:
– Andrey “Ghostik” Kadyk
– Victor “GeneRaL” Nigrini
– Semion “CemaTheSlayer” Krivulya
– Ilya “Lil” Ilyuk
Ada dua minggu lagi sebelum pemain dan pasukan perlu mendaftar roster terakhir mereka untuk musim seterusnya. Tarikh tamat untuk ini adalah 15 September. Sementara Na’vi dan Odium mengumumkan empat ahli dari lima ahli, pasukan CIS lain masih lagi mengusahakan line-up baru mereka.
Nantikan kemaskini daripada kami untuk pasukan CIS lain dan roster shuffle akan datang untuk rantau lain!