Dota Underlords Mencatatkan 1.5 Juta Downloads Dalam Masa Seminggu Saja!

Dota Underlords, permainan jenis auto-chess yang dibangunkan sendiri oleh Valve dilaporkan menerima 1.5 juta muat turun (downloads) dalam masa seminggu saja ketika fasa public beta!

Data ini dilaporkan oleh firma Sensor Tower Store Intelligence yang juga mendedahkan Russia adalah negara dengan jumlah downloads terbanyak pada 210,000 (14 peratus) diikuti Amerika Syarikat pada 165,000 (11 peratus) dan Indonesia pada 135,000 muat turun (9 peratus).

Valve juga mengumumkan Google Play Store adalah destinasi paling popular, mengumpulkan 66% jumlah downloads berbanding platform lain.

Studio Riot Games yang membangunkan League of Legends juga melancarkan permainan auto-chess mereka sendiri, Teamfight Tactics.

Nampaknya tahun 2019 ini kita menyaksikan kebangkitan permainan bertemakan auto-chess!

RELATED NEWS

+