Wykrhm Reddy adalah one stop information atau individu yang pantas memberikan maklumat terkini tentang apa yang berlaku dalam permainan itu. Daripada kemaskini, pertukaran roster dan apa-apa info baru semuanya disampaikan dalam bentuk video dan status."> Wykrhm Reddy adalah one stop information atau individu yang pantas memberikan maklumat terkini tentang apa yang berlaku dalam permainan itu. Daripada kemaskini, pertukaran roster dan apa-apa info baru semuanya disampaikan dalam bentuk video dan status." /> Wykrhm Reddy adalah one stop information atau individu yang pantas memberikan maklumat terkini tentang apa yang berlaku dalam permainan itu. Daripada kemaskini, pertukaran roster dan apa-apa info baru semuanya disampaikan dalam bentuk video dan status." />

DOTA2: Wykrhm Reddy Suarakan Pendapat Beliau Mengenai Ketagihan Video Game

Bagi komuniti DOTA2, Wykrhm Reddy adalah one stop information atau individu yang pantas memberikan maklumat terkini tentang apa yang berlaku dalam permainan itu. Daripada kemaskini, pertukaran roster dan apa-apa info baru semuanya disampaikan dalam bentuk video dan status.

Dalam banyak-banyak status, beliau juga ada memuat naik status yang lebih kepada pendapat peribadi mengenai sesuatu isu. Sebagai contoh, baru-baru ini berkenaan Ketagihan Video Game sebagai penyakit, menurut WHO.

Artikel berkaitan: Ketagihan video game diklasifikasikan sebagai penyakit menurut WHO

Video game menyelamatkan dan memusnahkan kehidupan (jika ketagih)

Menurutnya, kalau seseorang itu sukakan permainan video, perlu terima hakikat yang ia menyelamatkan nyawa dan juga memusnahkan kehidupan ramai orang.

Ini terjadi apabila bercakap dalam konteks ketagihan dan berbeza dengan menikmati permainan video untuk jangka masa panjang.

“Apabila kita buat sesuatu yang kita suka, ia menyeronokkan tapi kalau hanya buat SATU saja perkara yang kita suka, ia merbahaya. Ada perbezaannya,”

Dia juga mengharapkan generasi seterusnya dapat mengharungi perkara ini (ketagihan) dengan lebih mudah berbanding generasi kita. 

“Kalau kita tak boleh terima silap sendiri, kita akan buat keadaan lebih sukar untuk generasi akan datang bagi menerima kenyataan ini,”

Kesimpulannya Wyk mengharapkan semua orang bersikap lebih terbuka dan menerima realiti yang semuanya akan menjadi padah apabila ia dilakukan secara berlebihan.

TAGS

RELATED NEWS

+