Draxx pindah ke Nimo TV

Selepas pengumuman meninggalkan Facebook Gaming, hari ini Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx) akhirnya membuat keputusan untuk berpindah platform ke Nimo TV pula.

Dalam satu hantaran ringkas di Facebook hari ini, Draxx mengatakan dia akan memulakan penstriman langsung di Nimo TV dengan ID: 69101444.

Menurut pemain profesional PUBG Mobile bagi skuad SEM9.Gank itu, dia berterima kasih kepada Facebook selama empat tahun bersama.

Sebelum ini, Draxx memberitahu dia akan strim di Facebook sehingga akhir bulan Februari.

Dia akan bermain dalam Liga Profesional PUBGM (PMPL MYSGPH) musim kelima yang dijangka bermula bulan ini.

RELATED NEWS

+