Alter Ego juara Nimo TV VALORANT Invitational musim ke-2

Nimo TV VALORANT Invitational Musim ke-2 sudah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan pasukan Alter Ego dijulang sebagai juara bagi kejohanan kali ini.

Pasukan Alter Ego berjaya memenangi gelaran juara selain hadiah wang tunai sebanyak AS$1,500 (RM6,200).

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Alter Ego e-Sports (@alteregoesports)

Kejohanan yang berlangsung daripada 22 hingga 26 Oktober ini sudah menyaksikan lapan pasukan-pasukan terbaik sekitar Indonesia bersaing untuk merebut gelaran juara selain untuk memenangi hadiah terkumpul USD3,500 (RM14,500).

Pada kejohanan musim pertama yang berlangsung pada bulan Ogos lalu sudah menyaksikan pasukan Bigetron Astro dinobatkan sebagai Juara. Manakala tempat kedua dimenangi oleh XCN Gaming dan Alter Ego Esports di tempat ketiga.

Sumber: Kincir

RELATED NEWS

+