Nimo TV bagi ‘hint’ nak kembali, sekarang merekrut streamer PUBG Mobile

Nimo TV ialah salah satu platform penstriman terbesar di Indonesia. 

Mereka sudah mempunyai peminat yang tersendiri dengan jumlah penonton yang sangat ramai.

Terutamanya di Indonesia, peminat untuk permainan mudah alih Mobile Legends dan PUBG Mobile terlalu ramai. Hampir semua streamer terkenal akan bersiaran langsung di Nimo.

Pemain PUBGM Malaysia, Draxx atau nama sebenarnya Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid, juga sempat melakukan penstriman di Nimo TV tempoh hari.

Meskipun Nimo TV cukup terkenal di Indonesia, tetapi pada dua bulan yang lepas ia mengumumkan untuk berhenti beroperasi kerana sekatan yang dikenakan oleh kerajaan China.

Namun, kini terlihat Nimo TV seperti akan kembali beroperasi semula.

Menerusi sebuah hantaran Instagram nimotv_id, mereka sedang merekrut semula streamer untuk permainan mudah alih PUBG Mobile.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Nimo TV Indonesia Official (@nimotv_id)

Mereka membuka pendaftaran kepada para strimer PUBG Mobile bermula 1 Jun sehingga 30 Jun ini.

Buat masa ini, Nimo TV hanya merekrut streamer dari permainan PUBG Mobile dan GTA V sahaja.

Adakah ini langkah-langkah awal buat Nimo TV kembali beroperasi? Sama-sama kita nantikan.

Foto: Google Play Store

RELATED NEWS

+