“Saya dengan rendah dirinya memohon maaf,”- ManParang

Kapten pasukan PUBG Mobile SEM9.Gank, Aiman Amirul Mohd Said atau lebih dikenali sebagai ManParang menyatakan permohonan maafnya di siaran penstrimanya di Facebook.

“Saya sebagai kapten pasukan memohon maaf kerana kami tidak dapat melayakkan diri ke peringkat SEA buat tiga kali berturut-turut.

“Kami ingat kami dah bersedia tetapi hakikatnya kami belum bersedia,” katanya.

ManParang turut mengatakan bahawa tiada apa-apa alasan yang dia boleh berikan berikutan prestasi SEM9 pada Liga Profesional PUBG Mobile MY/SG/PH musim kelima.

“Saya baca kesemua hantaran anda di Warga J dan group lain di Telegram. Tiada apa-apa yang saya boleh katakan dan satu perkataan sahaja yang mampu saya ungkapkan iaitu KAMI LEMAH,” katanya.

Selain itu, ManParang juga menyatakan bahawa dia akan terus dengan kerjayanya sebagai pemain profesional di pasukan Gank.

“Saya tidak akan berpindah kemana-mana pasukan yang lain. Saya akan tetap berada di SEM9.Gank kerana ini adalah pasukan yang saya buat sejak dari PUBG PC lagi.

“Meskipun pemain yang sekarang ini bukan dari PUBG PC tetapi mana mungkin saya meninggalkan pasukan saya sendiri,” katanya.

Pasukan SEM9.Gank menduduki tempat ke 11 di pusingan akhir Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) MYSGPH musim kelima dengan mengumpul sebanyak 125 mata.

Anda boleh menonton video penuh ucapan ManParang di sini.

RELATED NEWS

+