Dream Team MPL MY, Siapakah pemain terbaik untuk setiap posisi?

Anugerah MPL MY musim ke-11 sudah dibuka untuk undian daripada para peminat MPL MY.

Salah satu kategori yang dipertandingkan adalah Dream Team di mana peminat boleh memilih calon pemain daripada setiap posisi.

Ia pertama kali diadakan pada musim ke-10 dan ia terdiri daripada lima pemain dari setiap posisi dan seorang jurulatih untuk membentuk sebuah ‘Dream Team’.

Pada musim ini, calon-calon Dream Team sudah pun keluar untuk setiap posisi dan jurulatih.

Team SMG mempunyai calon paling ramai iaitu seramai enam orang di mana barisan pemain utama mereka dicalonkan di posisi mereka.

Smooth, Stormie, Sasa. Subway, Valenz dan Haru membawa pasukan SMG ke tangga teratas liga dengan rekod tanpa kalah untuk musim ini.

Momo, CikuGais, Yums, dan Rival menjadi calon dari pasukan Todak.

Warlord, Barbossa, Chibii, dan jurulatih mereka iaitu Dale daripada Homebois dicalonkan juga.

Rippo dan Izanami daripada RSG SLATE MY masing-masing dicalonkan di kategori EXP Laner dan Mid Laner.

Akhirnya sekali, Jowm dan Ozoraveki daripada pasukan Team Lunatix dan Yoodo Red Giants Esports menjadi wakil tunggal untuk pasukan mereka.

Anugerah Regular Season MVP turut dicalonkan di mana lima pemain akan bertanding untuk mendapatkan anugerah ini.

Calon-calonnya adalah Smooth dan Stormie daripada Team SMG, Izanami daripada RSG Slate MY, CikuGais daripada Todak dan Jowm daripada Team Lunatix.

Bukan itu sahaja, Anugerah Best Rookie juga akan diadakan dan calonnya adalah Melqt- daripada Red Esports, Gojes Yoodo Red Giants Esports dan Unii daripada Team Lunatix.

Tarikh mengundi dibuka daripada 20 April sehingga 29 April dan peminat hanya boleh mengundi satu calon dari setiap posisi.

RELATED NEWS

+