DRX umum barisan baru untuk LCK 2022

DRX pasukan League of Legends bagi Liga Korea baru-baru ini mengumumkan pertukaran barisan roster dan jurulatih mereka menjelang musim 2022 bagi LCK Spring Split. 

Tiga pemain iaitu satu pemain lama dan dua pemain baru akan sertai barisan utama roster di samping jungler, Pyosik dan top-laner, Kingen.

Berikut ialah barisan terbaru DRX untuk Spring Split LCK 2022:

Roster utama:

Hong ‘Pyosik’ Chang-hyeon (jungler)

Hwang ‘Kingen’ Seong-hoon (top-lane)

Kim ‘Zeka’ Geon-woo (mid-lane)

Kim ‘Deft’ Hyuk-kyu (bot-lane)

Cho ‘Beryl’ Geon-hee (support)

Jurulatih:

Kim Jeong-soo

Lee ‘Mowgli’ Jae-ha

Sin ‘Shine’ Dong-wook

Deft sebelum ini pernah bersama DRX dan membawa pasukannya ke pusingan akhir Summer Split dan pusingan suku akhir di World 2020. 

Manakala BeryL sebelum ini pernah berkhidmat di DAMWON Kia dan Zeka pula kembali ke LCK selepas bermain untuk Vici Gaming dan BiliBili Gaming di LPL.

DRX sebelum ini mempopularkan meta Udyr Chemtank semasa dan menjadi pasukan yang ungguli Spring Split 2021. Namun, mereka terpaksa akur dengan keputusan 2-16 semasa LCK Summer Split. 

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+