Dominasi pasukan Thailand sukar disangkal lagi dalam arena e-sukan Free Fire dunia. Pasukan dari negara seberang itu hadir dengan bilangan pasukan tertinggi di Challenge Season kali ini.
EArena seakan-akan masih belum berpuas hati berada di posisi kedua selepas selesai minggu pertama.
Kini, pasukan itu merampas kembali takhta tersebut pada hari pertama di minggu kedua semalam.
Dua Booyah berjaya diperoleh pada aksi semalam di peta Purgatory dan Alpine (Kumpulan A vs B).
Aksi pusingan ketiga Purgatory melihatkan EArena mencatatkan 25 mata keseluruhan dan 13 mata singkir.
Momentum itu diteruskan lagi pada pusingan seterusnya di Alpine apabila sekali lagi Booyah didapatkan di Alpine.
Pungutan 31 mata dan 19 mata singkir dikutip pada pusingan itu yang melonjakkan pasukan itu ke persada liga.
Challenge Season ESL Snapdragon Pro Series bersiaran langsung di Youtube, Facebook dan Twitch ESL Malaysia tiga hari seminggu pada jam 8 malam.
Kejohanan ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM 13.19 Juta (AS$ 300,000) dan 12 pasukan teratas bakal berentap di Grand Final Februari tahun hadapan di Jakarta.