“Kami di kem HomeBois silap dalam menguruskan hal ini,” – Daddyhood

Selepas minggu kelima MPL MY berlangsung, ramai peminat menyuarakan pendapat mereka tentang isu Exp Laner Homebois, Sepat yang diturunkan ke dalam barisan pemain.

Ini selepas Sepat yang baru sahaja kehilangan bapanya pada Rabu bermain pada perlawanan menentang Todak dan Madness Esports.

@mygameondotmy @Sepat bermain semalam dan hari ini atas kerelaan sendiri demi pasukan @Homebois #homebois #mpl #mplmy #mplmys11 #inigayakita #revoluxi #fyp #kakigaming #mygameon ♬ suara asli – king plat KT

Pemilik HomeBois, Nureddy Nursal atau Daddyhood memberi kenyataannya mengenai isu ini.

Menurut Daddyhood, dia mengakui bahawa kem HomeBois silap dalam menguruskan isu tentang Sepat bermain pada minggu itu.

“Memang salah kami, tak berkeras untuk cutikan anak buah kami,” ujar Daddyhood.

Bukan itu sahaja, Daddyhood turut mengaku bahawa dia silap kerana hanya meletakkan Soloz sebagai pemain simpanan.

Vins juga tidak dibenarkan bermain kerana statusnya sebagai seorang pengurus pasukan.

Di dalam ciapan yang sama, Daddyhood menganggap isu taunting tiada masalah baginya. 

Dia menyatakan bahawa setiap musim pasukannya dikritik dan pada minggu kelima itu, pemainnya masih berduka dengan kejadian yang berlaku.

@mygameondotmy Semoga urusan berjalan lancar untuk Saiful dan Sepat.. Al-Fatihah. #fyp #kakigaming #mlbb #mplmys11 #inigayakita #mygameon #REVOLUXI ♬ WORTH NOTHING – Fast & Furious: Drift Tape/Phonk Vol 1 – TWISTED

Daddyhood turut mewakili pemain-pemainnya ingin meminta maaf kepada semua pihak.

Dia mengakhiri dengan ucapan berterima kasih kepada pihak yang menegurnya dan dia akan cuba untuk memperbaiki isu ini di masa hadapan.

Pada minggu kelima, HomeBois tewas di tangan Todak dengan skor 2-0 namun berjaya menamatkan kemarau kemenangan dengan menewaskan Madness Esports 2-1.

HomeBois akan bertemu Red Esports pada minggu terakhir liga dan mahu mengunci slot Top 4 sebelum tamatnya musim ini.

Foto: DaddyHood

RELATED NEWS

+