Empat pasukan sudah tersingkir di Playoffs

Empat pasukan terpaksa mengakhiri musim mereka dengan lebih awal selepas mereka tersingkir daripada Playoffs MPL MY Musim ke-11.

RSG Slate MY menjadi pasukan pertama yang mengucapkan selamat tinggal selepas Red Esports menewaskan mereka dengan skor 2-1.

Bekas juara musim ketujuh itu tidak dapat bermain seperti di musim liga dan pemain seperti Izanami, Lolealz dan Leixia nampak bergelut untuk bermain.

Rookie Mid Laner Red Esports, Kyym menjadi duri dalam daging untuk pasukan RSG Slate MY dengan mengutip MVP selepas bermain Pharsa dan Valentina untuk siri ini.

Team Lunatix pula menamatkan musim Madness Esports yang penuh dengan cabaran dan dugaan sepanjang musim.

Walaupun dibelenggu dengan isu dalaman, namun Madness Esports beraksi dengan sangat baik menentang Team Lunatix.

Tetapi pada perlawanan kedua, Team Lunatix berjaya bangkit semula dan membawa momentum ini ke perlawanan ketiga di mana mereka berjaya menghukum kesilapan Madness Esports.

Team Lunatix akhirnya menewaskan Madness Esports dengan skor 2-1.

Perlawanan di antara Red Esports menentang Homebois berakhir dengan skor 2-1 berpihak kepada Homebois.

Pada perlawanan pertama, Red Esports mendominasi perlawanan itu dengan pemilihan Arlott dan Valentina yang mengganas dalam perlawanan itu.

Namun pada perlawanan kedua, walaupun perlawanan ini boleh dimenangi oleh kedua-dua pihak, Homebois berjaya mendapat kemenangan selepas Anip melakukan split push di Mid Lane.

Pada perlawanan penentuan, Homebois berjaya mengawal map dan rotasi yang cantik untuk menumpaskan Red Esports dengan mudah.

Pada hari kedua playoffs, Team Lunatix bertemu dengan Yoodo Red Giants yang berakhir dengan skor 2-1.

Pada perlawanan pertama, Red Giant Esports berjaya mengunci Unii yang menggunakan Fanny dengan Kaja yang dimainkan oleh Xorn.

Namun pada perlawanan kedua, barisan hero yang keras seperti Gloo, Lolita, dan Akai yang dimainkan TEam Lunatix berjaya menewaskan Yoodo Red Giants.

Di dalam perlawanan penentuan, Red Giants Esports dihukum dengan kesilapan mereka selepas mereka gagal pulang ke base dengan lebih awal menyebabkan Team Lunatix menang.

Hanya tinggal empat pasukan yang tinggal iaitu Todak, Team SMG, HomeBois dan Team Lunatix.

Siapakah yang akan mendapatkan kejuaraan MPL musim ini dan slot ke MSC 2023?

RELATED NEWS

+