Eone sebagai Tank, Ashi jadi Jungler?

Pasukan Todak adalah pasukan MLBB nombor satu negara. Mereka banyak menyertai kejohanan antarabangsa dan tidak pernah gagal untuk ikut serta Kejohanan Dunia siri M setakat ini.

Kini, Todak sudah bersedia untuk MPL MY musim ke-10 dan mereka bakal mendedahkan barisan pemain mereka pada hari isnin depan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by TODAK MOBILE LEGEND (@todakmlbb)

Pengumuman rasmi itu dibuat di dalam sebuah hantaran ringkas di akaun rasmi Instagram mereka.

Apa yang menariknya adalah Eone akan bermain sebagai tank manakala Ashi akan bermain sebagai jungler berdasarkan gambar rajah di atas.

Adakah Todak hanya bercanda semata-mata atau ianya mungkin akan menjadi kenyataan di pentas MPL nanti? Kita bakal saksikan.

Foto dan sumber: TodakMLBB

 

RELATED NEWS

+