EVOS Legends dan RRQ Hoshi fokus menang MPLI

Pasukan RRQ Hoshi sebelum ini tumbang di tangan ONIC Esports selepas mereka tewas di perlawanan Grand Final MPL Indonesia musim kelapan dengan skor 4-3.

Namun begitu, kapten pasukan RRQ Hoshi iaitu Vynnn menyatakan hajat beliau untuk meraih kemenangan di Kejohanan Jemputan Mobile Legends (MPLI) 2021 nanti.

Menurut beliau, fokus kepada MPLI juga diberikan sepenuhnya dan tidak hanya tertumpu Kejohanan Dunia M3 sahaja.

“Amin.. untuk menjadi juara Kejohanan Dunia M3 nanti. Tapi selangkah demi selangkah dulu, walaupun fokus pada M3 itu ada akan tetapi MPLI juga harus diberikan fokus 100%.” ujar beliau di Nimo TV.

“MPLI hanya bercanda? tidak, kami menyasarkan gelaran juara untuk MPLI. Kami akan memfokuskan MPLI dan juga M3, kemungkinan akan ada muka-muka yang baru untuk MPLI kali ini.” tambah Andrian Pauline, CEO RRQ sewaktu penstriman langsung di Instagram.

Perkara yang sama juga diungkap oleh pengurus EVOS Legends iaitu Aji. “Memang benar pada Kejohanan Jemputan Mobile Legends (MPLI) sebelum ini kami pulang awal. Akan tetapi untuk MPLI 2021 kali ini amat penting kerana ia akan menjadi salah satu koleksi piala buat kami,”  katanya.

“Persiapan kami untuk MPLI kali ini sama sahaja seperti peringkat playoff MPL ID musim kelapan. Semua kejohanan adalah penting buat kami untuk menjadi juara” tambah beliau.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+