EVOS Legends ke Grand Final NMA musim ketiga

EVOS Legends berjaya ke Grand Final NimoTV MLBB Arena selepas menewaskan Blacklist International 2-1 sebentar tadi.

Baca lanjut di bawah:

PERLAWANAN KEDUA

EVOS Legends tidak patah semangat dan terus memberikan yang terbaik di perlawanan kedua. Turtle pertama berjaya diambil oleh EVOS Legends meskipun Ferxiic menjadi korban manakala Clover sedang mempunyai kelebihan di lane beliau menentang Oheb dari pasukan Blacklist. Pada minit ke-4, pasukan Blacklist berjaya mendapatkan turtle kedua.

EVOS legends terus maju menyerang turret tengah pada minit ke-7, mereka mempunyai kelebihan di dalam gold dan farming. Setiap lane berjaya dikawal oleh mereka. Ferxiic berjaya mendapatkan solo kill ke atas Wise di lane bawah. Ferxiic tidak berhenti setakat itu, beliau terus mengganas melakukan rotasi untuk menumbangkan Edward pula. 

Lord mudah diambil oleh EVOS legends pada minit ke-9, mereka berjaya mendapatkan objektif untuk mengasak Blacklist kepada mod defend.  Pushing bersama Lord tidak berjaya mendapat turret di bahagian dalam namun shadow kill yang dilancarkan oleh Ferxiic berjaya mendapatkan 3 kill dalam pertempuran itu. Kehebatan Ferxiic dan Antimage mengawal musuh memberikan mereka kemenangan seawal minit ke-11.

PERLAWANAN KETIGA

EVOS Legends sekali lagi memberikan Ferxiic menggunakan Hayabusa, first blood berjaya diambil oleh Wannn selepas mendapat double kill ke atas Wise dan Ohmyveenus menggunakan Lylia. Wann menggunakan burst damage yang dimiliki Lylia dengan begitu cekap. Clover berjaya mengalih perhatian pasukan Blacklist bagi memberi ruang untuk Ferxiic mengambil turtle pertama.

Rekt dan Wann terus agresif mengawal pergerakan Blacklist di dalam jungle. Wise mengalami kesukaran untuk mencari farming yang sangat diperlukan ketika ini, beliau sering diganggu oleh rotasi dari Ferxiic dan Rekt.

Turtle kedua berjaya diambil oleh Ferxiic selepas menumbangkan Ohmyveenus dan Wise. Pada minit ke-6, Wise masih berada di level 6 sementara Ferxiic sudah level 9. Ferxiic terus mengganas menghancurkan musuh semasa melakukan rotasi.

Perlawanan pada minit ke-7 menyebabkan pasukan Blacklist wipeout dari peta. Antimage memainkan peranan penting di dalam perlawanan itu, skill yang dikeluarkan sangat on point menyebabkan pasukan Blacklist ditewaskan begitu sahaja. Blacklist tidak sempat bernafas dari asakan yang dilakukan EVOS Legends, mereka tidak dapat farming di dalam jungle susulan EVOS Legends mengawal jungle mereka.

Lord mudah diambil pada minit ke-10 oleh EVOS Legends tanpa sebarang gangguan. EVOS Legends sekali lagi berjaya mendapatkan kemenangan mudah pada minit ke-11 dengan bantuan kekuatan Lord yang merusuh masuk ke dalam base Blacklist International.

Kemenangan mereka berjaya melayakkan mereka ke Grand Final NMA musim ketiga. Mereka akan bertemu dengan pemenang perlawanan Blacklist International menentang Alter Ego esok.

RELATED NEWS

+