EVOS Legends mara ke peringkat seterusnya, tewaskan Aura Fire 3-2

Perlawanan seterusnya di peringkat playoff hari pertama MPL Indonesia musim kelapan menyaksikan pasukan EVOS Legends akan bertarung dengan Aura Fire.

Ini adalah kali pertama pasukan Aura Fire berjaya lolos ke playoff. Satu pengalaman yang sangat bermakna buat mereka. Seperti yang dimaklumkan oleh God1va sebelum ini, EVOS Legends adalah satu halangan tembok yang besar buat mereka.

Perlawanan sangat sengit berlaku di antara kedua-dua pasukan. Pasukan Aura Fire berjaya memaksa sehingga perlawanan kelima untuk menentukan siapa yang akan mara ke peringkat seterusnya.

EVOS Legends menggunakan Karina sebagai jungler mereka. Mereka lebih kuat dan agresif di minit awal permainan, mengejar objektif dengan melakukan rotasi untuk menghancurkan turret pihak lawan.

Gabungan Feathered Air Strike dan firepower dari Natan terlalu kuat untuk pasukan Aura Fire hadapi. Mereka sering mengalami kekalahan setiap kali pertarungan berlaku. 

Luminous Lord berjaya diambil dengan mudah oleh pasukan EVOS pada minit ke-16 tanpa sebarang gangguan. Pasukan Aura Fire kehilangan kesemua inhibitor turret selepas base mereka dipecahkan oleh Luminous Lord. 

Akan tetapi, pasukan Aura Fire masih mampu mempertahankan base mereka selepas berjaya menumbangkan Ferxiic, Wannn dan Antimage.

Pertarungan terakhir pada minit ke-19 memihak kepada pasukan EVOS Legends dan mereka akhirnya berjaya menamatkan permainan.

 

RELATED NEWS

+