EVOS Legends pantang mengalah, hadir di pusingan kelayakan terbuka Piala Presiden

Piala Presiden Esports 2021 menyaksikan pasukan RRQ Sena, Aura Fire dan juga Alter Ego berjaya menempah slot ke peringkat kumpulan.

Alter Ego berjaya mendapatkan slot itu selepas menewaskan EVOS Legends di dalam permainan yang sangat sengit dengan skor 3-2.

Namun begitu, peluang untuk EVOS Legends masih lagi terbuka ketika ini. Mereka harus melepasi peringkat kelayakan terbuka untuk mendapatkan slot ke peringkat kumpulan.

Akan tetapi, di peringkat ini perlawanan akan menjadi lebih mencabar dan sukar oleh kerana satu kekalahan sahaja akan menyebabkan mereka gagal melayakkan diri.

Mereka akan menghadapi hampir seribu pasukan yang menyertai dan EVOS Legends harus berlawan dengan pasukan amatur, semi profesional dan juga mungkin profesional sendiri.

Adakah pasukan EVOS Legends mampu membuktikan kekuatan mereka sebagai juara dunia di pusingan kelayakan terbuka ini? Kita bakal saksikan.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+