Farang Esports juara MCP Majors musim ketiga

Kejohanan akhir MCP Majors musim ketiga sudah pun melabuhkan tirainya.

Farang Esports berjaya menjuarai kejohanan ini dengan mengumpul mata sebanyak 107 mata meninggalkan pasukan Todak Free Fire di tempat yang kedua dengan 102 mata.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Farang Esports (@farang_esports)

Mereka berjaya membawa pulang RM111,717 serta menempah tiket ke Free Fire World Series 2022 yang akan berlangsung di Sentosa, Singapura.

Pasukan Farang Esports akan ditemani pasukan Todak Free Fire untuk sama-sama bersaing di kejohanan dunia itu.

Kejohanan Free Fire World Series 2022 dijangka akan berlangsung pada 14/5 sehingga 21/5.

Adakah pasukan Farang dan Todak dapat memberikan saingan yang sengit di kejohanan antarabangsa itu? Sama-sama kita nantikan.

Pasukan Free Fire Farang Esport terdiri daripada:

  • Jezbuu
  • 2Bad
  • Jembal
  • Bayet
  • Spade
  • Pablo
  • Ayid

RELATED NEWS

+