Blacklist International langgar Farang demi merampas ‘rumah’ kembali

Blacklist International atau diberi jolokan ejen hitam putih, tampak mempamerkan aksi diluar jangkaan seusai minggu ketiga Kejohanan Majors MCPS musim keempat.

Hal ini kerana pasukan itu mengambil pendekatan untuk merampas kembali kawasan mendarat (dropspot) di peta Purgatory dan Alpine sejak bermula minggu ketiga MCPS.

Blacklist International sebelum ini terpaksa menurunkan ego apabila memberikan kawasan Marbleworks di peta Purgatory supaya tidak berlaku pertempuran awal.

Sebaliknya, minggu ketiga menjadi saksi kebangkitan pasukan itu apabila Farang menjadi mangsa utama disingkirkan pada awal permainan yang mengakibatkan pasukan itu turun ke tempat keempat keseluruhan.

Pada aksi semalam, Blacklist International melakukan perkara sama iaitu berhitung di awal permainan bersama Farang tetapi malangnya hal tersebut memakan diri kerana kelemahan teknik pendaratan oleh pemainnya. Akibatnya, pasukan itu terkeluar di posisi ke-11 pusingan pertama Purgatory.

Aksi kedua di Alpine, kedua-dua pasukan  masih ingin bertaruh di Snowfall sejak minggu pertama lagi. Namun, Ejen hitam putih itu terpaksa akur ke posisi ke-11 selepas dihantar pulang lebih awal oleh Farang.

Walau bagaimanapun, peta yang dijadualkan esok adalah Bermuda dan Kalahari. Perkara ini dilihat tidak menjejaskan kem kedua-dua pasukan kerana tiada perselisihan kawasan mendarat tetapi tiada yang mustahil tentang apa yang akan berlaku.

Farang berkemungkinan tidak akan mengambil pertarungan awal dan tiada sebarang perlanggaran kawasan mendarat oleh pasukan itu. Jadi, pasukan itu lebih neutral terhadap persekitaran permainan.

Blacklist International pula ingin cuba sehabis baik untuk menjarakkan kedudukan dengan Farang kerana lebih cenderung kepada pertempuran awal dan berani mengambil sebarang ancaman. 

RELATED NEWS

+