Farang Lejund akan mewakili Malaysia dalam acara PUBG Mobile untuk Sukan Asia 2022!

Selepas dua hari bersaing dengan 16 pasukan terbaik Malaysia, Farang Lejund adalah pasukan yang akan mewakili Malaysia ke sukan Asia 2022 untuk acara PUBG Mobile.

Farang yang mendapatkan tiga WWCD berjaya menunjukkan aksi yang cemerlang pada hari pertama dan kedua dengan mengumpul sebanyak 132 mata.

Dingoz Esports yang turut menunjukkan prestasi yang baik, harus akur di tempat kedua dengan mengutip 119 mata.

Pemenang pingat gangsa sukan SEA Hanoi 2021, Tabah NSEA, menduduki di tempat yang ketiga selepas mendapatkan dua WWCD dan mengumpul 110 mata.

Juara PMPL MY/SG/PH musim ke-5, 4Rivals, berjaya meraih dua WWCD pada hari kedua tetapi  masih belum mampu untuk mengejar mata pasukan Farang.

Tahniah Farang!

Foto: Facebook PUBG Mobile MY

RELATED NEWS

+