FFWS: Dua pemain pasukan ALPHA tidak dapat beraksi di Siri Dunia Free Fire kerana masalah VISA

Bahang Siri Dunia Free Fire (FFWS) Bangkok 2022 kian terasa selepas beberapa slot sudah diisi pasukan terbaik bagi setiap rantau yang terlibat.

Meskipun hal itu suatu yang sepatutnya diraikan sebagai satu pasukan tetapi tidak bagi pasukan Alpha iaitu wakil dari rantau MENA (Timur tengah dan Afrika Utara) kerana hanya boleh membawa empat pemain sahaja ke FFWS Bangkok.

Pasukan Alpha terpaksa melupakan khidmat dua pemainnya, Abo Karam dan Ghazi atas faktor pas VISA kerja. Secara umum, setiap buku peraturan e-sukan Free Fire bagi setiap liga sudah termaktub bahawa pemain yang bermain dalam pasukan luar negara harus mempunyai pas pekerjaan.

Malang berganda buat Ghazi kerana akan terlepas aksi di pentas termasyhur sebagai pemain kompetitif Free Fire buat kali kedua. Sebelumnya, pasukan itu dikenali sebagai All-Stars Esport pada edisi Siri Dunia lepas.

Di samping itu, Abo Karam pemain licik yang berpotensi tinggi juga terpaksa melupakan peluang keemasannya walaupun ini adalah kali pertama ke pentas besar sejak menyertai ALPHA. Pada musim lalu, dia bermain buat pasukan VIP yang menduduki tempat kelima keseluruhan Grand Final Liga Arab Free Fire musim kelima.

Perjuangan harus diteruskan juga walaupun tanpa kedua-dua pemain teras pasukan itu. Situasi berbeza pasti dirasai selepas pasukan ALPHA akan beraksi di Grand Final Siri Dunia Free Fire berbaning musim lalu yang hanya bermain Play-In. 

RELATED NEWS

+