5 cerita menarik asal usul hero-hero dalam Mobile Legends

Mesti ramai yang tidak tahu Mobile Legends bukan sahaja permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) di peranti mudah alih tetapi Mobile Legends mempunyai penceritaan unik (lore) untuk hero mereka sendiri di dalam dunia yang dipanggil Land of Dawn.

Jom baca cerita hero-hero Mobile Legends yang menarik.

1. Lancelot dan Odette – Percintaan dari kesunyian

Lancelot, Odette: Christmas Carnival, - LASSO - on ArtStation at  https://www.artstatio… | Mobile legends wallpaper, Mobile legend wallpaper,  Wallpaper mobile legend

Bagaikan Romeo dan Juliet,  Mobile Legends tidak terlepas dari cerita percintaan.

Lancelot adalah seorang pendekar pedang dari keluarga Baroque. Kehebatan Lancelot sebagai pendekar pedang dan selalu dipuji oleh orang ramai membuatnya angkuh dan sombong.

Akhirnya, Lancelot kini tersedar dari keangkuhanya apabila keluarganya diserang oleh puak jahat. Lancelot dengan penuh angkuh cuba menyelamatkan keluarganya ketika mabuk. Dia gagal.

Keangkuhan ini makin berkurangan apabila Lancelot berjumpa dengan Puteri Odette yang menjaga Tasik Swan.

Mereka berdua jatuh cinta apabila mendapat tahu mereka berdua sebenarnya sentiasa sunyi walaupun sentiasa mendapat pujian daripada orang ramai.

Odette kini berjaya membuat Lancelot lebih rendah diri, manakala Lancelot juga akan menjadi peneman Odette apabila berasa sunyi.

2. Saber dan Alpha – Adik Beradik Cyborg

Cerita 10 Hero Mobile Legends yang Saling Berhubungan! – Berbagi Cerita

Dua cyborg yang menjadi antara hero terawal di dalam Mobile Legends ini sebenarnya ada kaitan.

Saber adalah seorang cyborg yang dicipta dengan menggabungkan 100 DNA pahlawan pedang dan Alpha pula merupakan senjata yang dicampur manusia meteorolite angkasa lepas.

Kedua-dua hero ini sebenarnya berkaitan apabila mereka dicipta oleh seorang profesor gila di makmal 1718.

Saber dan Alpha dicipta untuk menjadi senjata biologikal bagi mencapai sesuatu.

Mereka berdua boleh dikatakan adik beradik. Tetapi Alpha tetap akan menganggap Saber sebagai musuh abadinya.

3. Alucard – Si Pemburu Demons

Mobile Legends Alucard Revamp Damage Build Guide

Ditipu oleh orang yang dianggap abangnya sendiri dan dibenci oleh orang ramai kerana bapanya dituduh menjadi punca kehancuran regim askar kedua yang berlawan dengan demons.

Selepas kematian bapanya, Alucard dijaga oleh Tigreal dan diajar untuk berlawan di Monastery of Light.

Akhirnya pada berumur 18 tahun, Alucard akhirnya menyertai misi untuk berlawan dengan demons. Alucard malangnya ditimpa kemalangan dan dirasuk oleh kuasa yang dipanggil Darkness.

Seorang tukang besi menyelamatkan Alucard,  tukang besi itu rupa-rupanya salah seorang dari regim yang sama dengan bapanya dahulu.

Tukang besi itu sedar akan pedang yang digunakan oleh Alucard kerana pedang itu milik bapa Alucard dan menceritakan kebenaran pada tragedi malam regim askar kedua itu berlawan.

Semua kematian sebenarnya disebabkan oleh Tigreal dan pasukannya yang angkuh dan bapa Alucard terpaksa pergi menyelamatkan pasukan Tigreal.

Alucard kini kembali ke ibu negaranya kembali dan bertanyakan Tigreal. Dan akhirnya semua cerita terbongkar. Tigreal adalah punca kematian bapanya.

Dengan penuh kemarahan Alucard hampir membunuh Tigreal, tetapi dia tidak sanggup untuk membunuh orang yang dianggap abangnya sendiri dan tidak mahu juga memaafkan Tigreal.

Alucard kini meninggalkan tempat tinggalnya dan bersumpah untuk membunuh semua demons yang ada dan mengembalikan maruah bapanya dahulu.

4. Dyrroth – Putera Kegelapan

New Hero | Prince of the Abyss | Dyrroth | Mobile Legends: Bang Bang! -  YouTube

Dyrroth digelar Anak Kegelapan. Dia antara hero di dalam Mobile Legends yang menjadi mangsa kepada peperangan.

Sepatunya menjadi Putera untuk negara Moniyan tetapi diculik ketika bayi oleh para Demons yang jahat.

Dia dibesarkan oleh Alice dan Thamuz di Abyss dan menjadi Putera Abyss dan menjadi musuh kepada negaranya sendiri tanpa pengetahuan Dyrroth bahawa dia sebenarnya adalah putera untuk negaranya.

Alice menganggap Dyrroth adalah ciptaan terbaik yang dia pernah cipta. Mungkin lebih dari sekadar ciptaan dan Alice menjadi ibu kepada Dyrroth?

5. Irithel – Jantung Hutan

Mobile Legends Irithel Build Guide - mmosumo

Irithel ditinggalkan oleh ibubapanya di hutan seorang diri ketika masih kecil.

Dengan bantuan Dewa Hutan, seekor harimau smilodon yang baru sahaja menjadi ibu mengambil Irithel sebagai anaknya sendiri.

Irithel membesar bersama Leo iaitu anak kepada smilodon yang menjaganya. Mereka belajar memburu dan hidup bersama-sama. Ini membuatkan Irithel membesar dan berperangai seperti seekor binatang.

Namun disebabkan peperangan, ibu smilodon Irithel diserang oleh smilodon yang lain.

Irithel dan Leo pergi ke bandar berdekatan untuk mendapatkan pertolongan tetapi sebaliknya ditangkap oleh peniaga hamba abdi.

Semasa ditangkap oleh peniaga hamba abdi, Irithel berjumpa dengan Nana.

Tidak tahan melihat dua kanak-kanak diseksa oleh peniaga hamba abdi, Irithel menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

Nana juga membantu Irithel untuk belajar pertuturan manusia dan juga berlawan. Leo pula membersar menjadi harimau smilodon dewasa yang kuat.

Namun, kebencian Irithel terhadap manusia masih membuak-buak dan hanya percayakan Leo sahaja. Irithel kini menjaga hutan tempat tinggalnya dan digelar Jungle Heart atau Jantung Hutan.

Setakat ini sahaja beberapa cerita menarik dari dunia Mobile Legends.

Apa lagi cerita di dalam dunia Mobile Legends yang menarik?

RELATED NEWS

+