FFWS: RRQ Kazu langgar Expand di Forest Red, formasi terarah kepada altruistik

Dalam kehangatan Siri Dunia Free Fire (FFWS) 2022, masih segar beberapa drama yang berlaku seperti persaingan tempat keempat dan kelima antara RRQ Kazu dan Expand.

Pada semalam, Expand beraksi agak baik tetapi kurang konsisten dalam beberapa pusingan yang membuatkan RRQ Kazu memanfaatkan peluang tersebut untuk mengejar rapat Expand.

Selepas tujuh pusingan yang dimainkan, pasukan RRQ Kazu berjaya mendahului Expand dengan kelebihan tiga mata. Hal tersebut membuatkan kem RRQ Kazu dalam kegusaran kerana sedar kemampuan pasukan pencabarnya itu. 

Justeru, RRQ Kazu menggunakan pendekatan meletakkan dua pemain di Forest Red di mana pasukan Expand berada dengan hasrat ingin mengurangkan nombor ahli pasukan supaya bermain pasif.

Pada awalnya hal tersebut tampak menjadi selepas Maybee dapat menundukkkan TheAxel tetapi Expand juga berjaya mencuri mata singkir juga terhadap Razor.

Walau bagaimanapun, masing-masing berjaya bertahan sehingga znon permainan terakhir, hanya pengawalan komposisi pasukan dan koordinasi yang tepat beri kelebihan buat RRQ Kazu pada akhirnya. 

RELATED NEWS

+