FFWS: Magic Squad, EVOS Phoenix, Naguara dan RRQ Kazu tempah slot ke Grand Final

Susulan keputusan Garena Free Fire yang hanya menyenaraikan slot automatik lapan pasukan di Grand Final, kini empat pasukan dari Play-Ins dapat merasai pentas tertinggi bagi kejohanan itu.

Pada semalam, Magic Squad iaitu wakil Brazil unggul di posisi pertama dengan 110 mata dan 48 mata singkir walaupun tanpa sebarang Booyah dicatatkan. 

Bekas juara dunia, EVOS Phoenix berjaya meraih 107 mata dan 41 mata singkir di posisi kedua dengan pungutan Booyah tertinggi sebanyak tiga Booyah.

Naguara wakil dari Amerika Latin mempamerkan konsistensi luar biasa dengan mengekalkan posisi sekurang-kurangnya lima terbaik setiap pusingan kecuali pusingan kelima. Pasukan itu menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan 103 mata dan 46 mata singkir.

Pasukan terakhir yang berjaya mencuri slot terakhir adalah RRQ Kazu, 98 mata secara keseluruhan dan pungutan 42 mata singkir.

Keempat-empat pasukan ini bakal bermain di Grand Final pada hari ini bersama-sama lapan pasukan yang lain jam 10Pm dan bersiaran langsung di platform Facebook, Instagram dan Tiktok Garena Free Fire Malaysia.

Sebanyak AS$ 1.78 juta hadiah wang terkumpul ditawarkan pada edisi kali ini. 12 pasukan peringkat akhir akan berentap bagi merebut gelaran juara di negara sang juara, Thailand.

RELATED NEWS

+