“Kami tidak gentar dengan Farang, kami akan ‘sapu’ sekiranya bertemu,”- Tanamo

Kapten pasukan AV Radicals, Tanamo menyifatkan pasukan itu tidak gerun dengan mana-mana pasukan yang bertanding dalam Kejohanan MCPS Majors musim keempat.

Malah, Tanamo sempat berseloroh mengatakan tiga pasukan seperti Farang, Expand dan Blacklist International adalah pencabar terdekat tetapi jika bertemu akan pasti ‘diratakan’ mereka.

“Kami tidak gentar (terhadap) Farang, kami akan wipe out pasukan itu sekiranya bertemu,” ujarnya ketika dihubungi MyGameOn.

Di samping itu, Tanamo ingin rakan sepasukan mengekalkan momentum agresif pada minggu lalu diteruskan pada dua minggu seterusnya.

“Semestinya kami akan bermain agresif kerana kami yakin akan kemampuan individu masing-masing dan suasana dalam pasukan yang positif,” katanya.

Sementara itu, rombakan kumpulan bakal berlaku pada minggu ketiga MCPS Majors. Hal ini tampak tidak memberikan implikasi kepada pasukan itu apabila Tanamo sekali lagi ingin lima pasukan ini berada dalam kumpulan yang sama dengannya.

“Saya tetap ingin Farang, Expand, Axis Esports, Geek Fam dan Blacklist International dalam kumpulan kami,” ungkap Tanamo.

Dia yakin dengan pilihan itu kerana pasukannya mampu mendapatkan mata bonus untuk menjarakkan diri jauh ke persada liga.

Pasukan itu dilabel sebagai ‘jaguh liga’ oleh segelintir peminat tempatan kerana rekodnya. Radicals pernah menjadi juara MCP Majors musim kedua peringkat liga, namun terpaksa berputih mata di kedudukan kelima Grand Final dan terlepas slot ke Asia Championship: Play Ins.

“Saya agak kecewa ketika itu, tetapi saya akan pastikan pasukan tidak terbuai oleh kekecewaan lepas dan mahukan slot ke Siri Dunia Free Fire (FFWS) November,” kata Tanamo.

RELATED NEWS

+