Fiera Fendi mahu Angel Bosskurr cemerlang dalam arena kompetitif e-sukan

Pasukan e-sukan wanita, Angel Bosskurr akhirnya kembali dengan lineup baru PUBG Mobile namun yang membuatkan penulis tertarik kali ini ialah; ramai antara mereka adalah mahasiswi dan hanya seorang saja yang masih bersekolah di peringkat menengah.

Menceritakan mengapa gadis-gadis berbakat ini dipilih sebagai teraju utama, pengurus pasukan, Fiera Fendi berkata, ia bertujuan untuk mengembangkan lagi e-sukan dalam kalangan wanita.

“Kita ada seorang yang masih bersekolah, Azmanisha dan yang lainnya adalah penuntut universiti kecuali Bella yang sudah lama dalam e-sukan untuk penstriman langsung dan arena kompetitif.

“Tujuannya adalah untuk mengembangkan lagi e-sukan dalam kalangan wanita dan buktikan karier ini tak memberi kesan buruk sehingga mengganggu pelajaran kalau mereka sendiri bijak menguruskan hidup dan membahagikan masa,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Kata Fiera, gadis-gadis ini dari latar belakang pendidikan berbeza kerana ada yang dalam bidang perubatan, perakaunan, logistik dan komputer.

“Mereka semua masih ‘baru’ dalam e-sukan dan suasana kompetitif jadi mereka masih banyak sedang mencari pengalaman.

“Jadi saya taklah terlalu memaksa untuk mereka betul-betul memberikan 100% kerana mereka perlu membahagikan masa untuk pelajaran juga,” katanya.

Fiera berkata, dengan pengurusan di bawah kendaliannya sebagai Duta Team Bosskurr, beliau mahukan gadis-gadis ini bukan saja terdedah dengan arena kompetitif tapi lebih dari itu.

“Saya sasarkan Angel Bosskurr (AB) menjadi teraju dalam bidang kompetitif tapi saya juga ingin mereka mencari dan memburu peluang dalam branding e-sukan. 

“AB juga pada masa sama bantu mempromosikan jenama Team Bosskurr dari segi merchandise dan penciptaan kandungan (content creation),” katanya.

Lineup penuh Angel Bosskurr:

Angel Fiera : Fiera (Pengurus)
Angel Bella : Salsabila
Angel Tasha : Nurshalieza Natasha
Angel Ninaaa : Fatin Nur Amanina
Angel Aina : Aina Suraya
Angel Esyaa : Azmanisha
Angel Anna : Nurfarzana

RELATED NEWS

+