The Sims 4: Tempuh Alam Universiti Dalam Pek Penambahan Discover University

Masa untuk sambung belajar dalam The Sims 4.

Khabar angin yang mengatakan The Sims 4 bakal ada pek kandungan alam universiti adalah benar. EA baru mengumumkan pek Discover University yang mengikut gaya University Life untuk The Sims 3.

Saksikan trailer pek Discover University yang menggambarkan kehidupan belajar di universiti di bawah:

Dalam Discover University, korang boleh pilih Sim untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai jurusan di University of Britechester atau Foxbury Institute. Sebagai seorang pelajar universiti, korang kena datang ke kelas, jawab kuiz dan beri pembentangan yang akan mempengaruhi markah kelas.

Korang boleh saja bermalas-malasan tidak perlu datang ke kelas tetapi kalau korang mahu Sim berjaya dalam kerjaya mereka, korang perlulah belajar sungguh-sungguh.

Selain datang kuliah, korang boleh melakukan aktiviti lain seperti lepak dengan kawan-kawan atau menyertai kelab seperti robotik, debat, seni, persatuan rahsia dan macam-macam lagi. Korang juga boleh menghias bilik asrama mengikut citarasa sendiri dan memperagakan baju dengan gaya tersendiri sama.

Pek kandungan The Sims 4 Discovery University akan dilancarkan pada 15 November 2019 di PC manakala konsol Xbox One dan PS4 akan tiba pada 17 Disember 2019.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+