pertempuran undang-undang menentang Google dan Apple."> pertempuran undang-undang menentang Google dan Apple." /> pertempuran undang-undang menentang Google dan Apple." />

Filem Fortnite mungkin dalam pembangunan

Kini dikhabarkan bahawa filem rasmi Fortnite oleh bahagian hiburan Epic Games sebenarnya sedang dalam proses pembangunan. The Information melaporkan bahawa Epic sedang berusaha untuk mendirikan sebuah divisi hiburan yang berfokus pada ‘kandungan video berskrip’ ketika pulih dari pertempuran undang-undang menentang Google dan Apple.

Kebelakangan ini, Epic dilihat mengambil berkerja beberapa eksekutif dari Lucasfilm, syarikat produksi yang membangunkan filem Star Wars. Beberapa nama besar yang diambil oleh Epic termasuk Jason McGatlin, yang kini menjadi Ketua Projek Khas di Epic dan pernah menjadi VP Pengeluaran Fizikal di Lucasfilm.

McGatlin juga adalah Penerbit Eksekutif bagi semua permainan Star Wars. Epic juga membawa masuk Lynn Bartsch, ketua Urusan Perniagaan, dan Chris Furia, Naib Presiden Kewangan Produksi mereka.

Fortnite sebenarnya sudah mempunyai jalan cerita yang sudah berlangsung untuk pelbagai acara, dan nama-nama besar ini bergabung dengan Epic dengan banyak pengalaman dalam membuat filem, sebuah filem rasmi Fortnite pastinya tidak mustahil kerana beberapa ‘orang dalam’ nampaknya bersetuju terhadap kewujudannya dan Fortnite sudah mempunyai banyak kandungan yang berkaitan dengan budaya Hollywood dan pop.

Namun, Epic belum mengumumkan apa-apa lagi secara rasmi, tetapi memandangkan Fortnite adalah sebuah permainan yang sungguh terkenal seantero dunia, kebarangkalian besar peminat akan gembira jika filem ini menjadi kenyataan. 

RELATED NEWS

+