MPL MY S10 semalam mengumumkan tiga kategori baharu bersempena sambutan ulangtahun ke-10 liga itu.
10BERSAMA adalah tanda pagar digunakan untuk mempromosikan MPL kali ini dan sempena itu juga mereka memperkenalkan kategori baru iaitu “10BERSAMA Lagenda” yang menampilkan wajah pemain veteran suatu ketika dulu dan yang masih relevan kini.
Soloz, Fredo antara individu yang sudah tidak bermain di MPL namun meninggalkan impak cukup besar untuk e-sukan MLBB negara. Di samping itu, nama-nama lain seperti Xorn, Kuja dan Cikugais juga disenaraikan.
Selain kategori ini, mereka juga memperkenalkan “Best Gameplay of the Season” dan “Dream Team”.
View this post on Instagram
Terdapat banyak lagi kategori lain termasuk pengulas, MVP musim liga, rookie dan playoff MVP.
Foto: Instagram | MPL MY Official