Free Fire: 4 sebab aksi kurang ‘menyengat’ AV Radicals di Siri Dunia Free Fire (FFWS)

Penganalisis tempatan dan luar negara seakan sudah meramal aksi yang bakal diperagakan wakil dari MCPS, AV Radicals di FFWS yang lepas. 

Berikut adalah hal-hal yang sudah dijangka oleh penggiat e-sukan Free Fire berkaitan prestasi jaguh MCPS itu:

1.  Drop spot yang mudah diramal.

Keyakinan pasukan ini memilih kawasan zon biru seakan-akan sudah dibau strategi itu. Ini menyebabkan ada beberapa pasukan yang tidak gentar untuk menghadapi AV Radicals di awal permainan seperti Neguara (LATAM) dan Magic Squad (Brazil).

2. Komposisi pasukan yang kurang hadapi perebutan drop spot.

Peminat tempatan semestinya sudah mengetahui kemampuan pasukan ini di awal permainan yang kurang meyakinkan kerana AV Radicals akan lebih yakin sekiranya mempunyai kelengkapan pertempuran yang lengkap.

3. Kurang senjata jenis letupan (Grenade Launcher).

Jika diperhatikan rekod di liga MCPS, AV Radicals mendapatkan mata singkir yangg tinggi melalui penggunaan senjata ini. Namun, di FFWS, patch update (OB37) permainan berlainan sedikit daripada sebelumnya (OB36). Kebarangkalian perkara ini menjejaskan kemampuannya.

4. Mekanisma individu kurang berbanding berpasukan

Secara umum, AV Radicals terkenal dengan gaya permainan berpasukan yang selalu menjadi mimpi buruk pasukan di MCPS. Walau bagaimanapun, hal itu tidak berlaku di FFWS kerana potensi untuk keempat-empat pemain dapat kekal dalam permainan sangat rendah.

RELATED NEWS

+