Free Fire kolaborasi dengan Justin Bieber!

Garena mengumumkan kolaborasi terbaru dengan ikon global besar Justin Bieber.

Justin Bieber akan menjadi salah satu ikon untuk sambutan untuk ulang tahun ke-5 Free Fire dengan membawa balik banyak tema-tema kegemaran pemain dengan ganjaran eksklusif serta banyak giveaway.

“Saya sangat teruja untuk menjadi rakan Garena Free Fire untuk peluang ini bagi semua peminat saya di serata dunia,” ujar Justin Bieber.

“Kolaborasi bersama Free Fire ini memberikan saya dimensi baru untuk memasukkan musik saya ke dalam permainan video dan saya tidak sabar untuk semua orang berseronok dari hasil kerja keras kami di belakang tabir,” tambahnya.

“Sokongan ini juga mendapat sambutan baik dari komuniti global dan pemain yang bermain Free Fire selama ini,” tambah Harold Teo, Penerbit Free Fire.

“Kami juga sangat teruja dan rendah diri kerana dapat menjadi rakan kongsi ikon global Justin Bieber yang banyak memberi pengaruh musik dan fesyen satu dunia,” tambahnya lagi.

Kemaskini ini akan bermula pada 27 Ogos dan Justin Bieber akan mengeluarkan satu lagu eksklusif untuk sambutan ulang tahun ke-5 ini.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasi Free Fire Malaysia di Facebook, Youtube dan Instagram.

RELATED NEWS

+