Free Fire MCP Majors kini kembali untuk musim kedua, hadiah berjumlah lebih RM200,000

Free Fire MCP Majors kini kembali lagi dengan musim kedua, dengan menawarkan jumlah hadiah sebanyak US$50,000 (~RM211,000). 

Pendaftaran bagi pusingan kelayakan dalam permainan kini dibuka bermula 8 Ogos lalu bagi pemain dari MCP (Malaysia, Kemboja dan Filipina) dengan perlawan In-Game Qualifier yang masih berlangsung dari 10 hingga 12 Ogos 2021 dari jam 1.00 hingga 6.00 petang waktu tempatan (GMT+8).

Perlawanan ini dibuka bagi peserta berumur 16 tahun ke atas dengan sekurang-kurangnya Gold Rank dan akaun Level 20.

Para peserta akan bersaing untuk melayakkan diri di dalam 24 pasukan terbaik untuk ke Suku Akhir, di mana 12 daripada 18 pasukan akan bersaing di Peringkat Liga bersama 6 pasukan terbaik MCP Majors Season 1 iaitu, Geek Fam, Sem9 (sebelum ini dikenali sebagai AutoKnockOut), Supreme Assault Forces, FastKill.My, Blacklist International dan Freedom Rumble.

Perlawanan Peringkat Liga akan berlangsung selama 6 minggu dengan 12 pasukan akan bersaing di Grand Final.

Pada 7 Ogos lalu, mereka juga mengadakan Parti Pelancaran untuk meraikan Free Fire MCP Majors dengan menampilkan 24 personaliti daripada Malaysia, Kemboja dan Filipina. Parti virtual itu juga untuk menyambut ulangtahun mereka yang ke-4.

Untuk maklumat lanjut mengenai MCP Majors, sila layari SINI.

Selain itu untuk maklumat terkini mengenai Free Fire anda boleh layari Facebook dan YouTube rasmi mereka. 

RELATED NEWS

+