Free Fire: Tiga pasukan Malaysia bakal terbang ke Jakarta bagi Grand Final ESL Snapdragon Pro Series

Penguasaan pasukan Malaysia masih kekal utuh dalam arena e-sukan Free Fire. Begitulah yang dapat disaksikan selepas berakhirnya Regional Finals pada hujung minggu lalu. 

Pasukan yang kian meningkat naik Expand, muncul sebagai juara bagi ESL Snapdragon Pro Series Free Fire musim kedua Malaysia Singapura dan Filipina (MSP) dengan pungutan 232 mata keseluruhan dan mata singkir tertinggi iaitu 126 mata.

Di samping itu, pasukan Farang Esports bakal mengiringi pasukan Expand di posisi kedua keseluruhan selepas berjaya mengutip 86 mata singkir secara langsung sudah mencatatkan 158 mata keseluruhan. 

Axis Esports akan menjadi pasukan ketiga yang turut ke Grand Final pada Februari tahun hadapan seterusnya mengesahkan tiga wakil Malaysia bakal membawa nama negara ke peringkat Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand dan Vietnam).

Format pada kali ini sudah dikemaskini dengan tiga pasukan terbaik setiap region iaitu sebanyak 12 pasukan dan akan disertai enam pasukan jemputan.

Grand Final ESL Snapdragon Pro Series bakal dilangsungkan pada 5 dan 6 Februari 2023 di Jakarta. Kejohanan saban tahun itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM 1.42 Juta (AS$300,000), 18 pasukan dijangka berentap bagi meraih kejuaraan musim kedua. 

ESL Snapdragon Pro Series akan bersiaran secara langsung di Twitch, Facebook dan Youtube rasmi ESL Malaysia.

RELATED NEWS

+