Full Sense wakil Asia Tenggara di kejohanan dunia VALORANT

VALORANT Champions Tour Last Chance Qualifier bagi zon Asia Pasifik sudah pun melabuhkan tirai selepas berlangsung daripada 11 Oktober hingga 17 Oktober.

APAC Last Chance Qualifier ini menyaksikan 10 pasukan daripada seluruh negara Asia Pasifik daripada Jepun, Korea, Asia Tenggara dan Asia Selatan bersaing untuk mendapatkan kedudukan ke VALORANT Champions yang akan diadakan pada Disember ini. 

Perlawanan pusingan Grand Final yang berlangsung semalam 17 Oktober menyaksikan pasukan daripada Asia Tenggara, FULL SENSE menentang wakil Jepun, Northeption dengan perlawanan lima terbaik (BO5), di mana FULL SENSE menewaskan Northeption dengan 3-2.

Dengan keputusan itu, FULL SENSE berjaya menjadi wakil Asia Tenggara bagi kejohanan dunia VALORANT Champions 2021, hujung tahun ini. 

Sumber: VALORANT Esports.

RELATED NEWS

+