Disangka sudah habis perlawanan hari pertama minggu kedua PMPL MYSGPH namun remake terpaksa dilakukan semula disebabkan beberapa masalah yang muncul ketika perlawanan semalam.
Perlawanan sudah berakhir selepas ia dimenangi SEM9.
View this post on Instagram
Namun ketika perlawanan berlaku banyak masalah teknikal seperti lag yang melanda majoriti pemain yang sedang bertanding.
Selain itu juga, peta juga dipilih dan ditambah untuk perlawanan remake ini. Malah, remake berlangsung selepas poster SEM9 di ranking pertama dan temubual dilakukan.
Mengikut buku panduan PMPL, sepatutnya perlawanan ini sudah tidak boleh di-remake.
Tetapi, ini adalah keputusan yang telah dibuat oleh penganjur dan ramai sudah akur dengan perkara ini di Discord.
Di perlawanan remake itu, Geek Fam muncul ranking pertama dengan WWCD diperoleh.
Apa-apa pun, pujian harus diberikan kepada semua pemain yang sudah bersusah-payah berusaha.
Selamat maju jaya!