Gaming House Anti Circle disenaraikan di Airbnb dengan harga RM500 satu malam

Artikel diterjemah daripada IGN SEA.

Bagi anak muda yang memang tak sabar nak staycation untuk relaks dan santai, anda boleh berbuat demikian di sebuah gaming house ini yang menawarkan RM500 semalaman.

Ramai yang mengenali fasiliti ini sebagai tempat latihan untuk pasukan Anti Circle dimiliki penghibur penstriman langsung nombor satu Malaysia, Soloz.

Bertempat di Shah Alam, apartment dua tingkat ini dilengkapi bukan saja PlayStation 4 tapi juga PlayStation 5, sebuah racing simulator dan mesin arked yang mempunyai permainan Street Fighter III: 3rd Strike.

Tidak ada info jika permainan video disediakan untuk bermain, tapi penyewa boleh bermain secara multiplayer dan permainan dalam talian tanpa lag atau delay kerana fasiliti ini menawarkan kelajuan Internet 500Mbps.

Selain itu, apartment ini juga dilengkapi kerusi gaming dan meja bermakna anda boleh membawa komputer riba gaming ataupun bermain Mobile Legends: Bang Bang bersama kawan-kawan gamer lain.

Apartment ini juga kelihatan high-tech kerana di sebalik kelengkapan permainan disediakan, ia juga mempunyai sistem smart home bermakna penyewa boleh mengawal kelengkapan elektronik dan hiburan menggunakan fungsi suara.

Jika anda peminat RGB, dinding di apartment ini dipenuhi dengan lampu Nanoleaf serta LED yang akan bertukar warna mengikut pilihan anda serta muzik yang didengari.

Di tingkat dua, ia boleh memuatkan sehingga enam orang untuk tidur di katil disediakan dan kalau anda ingin hadir dengan kapasiti penuh, boleh memilih untuk memasak di dapur yang juga menyediakan mesin basuh.

Jika ini adalah idea anda untuk staycation bersama rakan dan keluarga, anda boleh tempah di Airbnb sekarang (harga mengikut tarikh tempahan). 

Sumber rujukan: IGN SEA

RELATED NEWS

+