Maharaja Soloz catat 2 juta pengikut di Facebook

Nampaknya penghibur penstriman langsung Facebook Gaming nombor satu Malaysia, Mohd Faris Zakaria atau Soloz sekali lagi mencipta kejayaan tersendiri.

Kali ini beliau mencatatkan 2 juta pengikut di laman Facebook page miliknya. 

Baru-baru ini, Soloz menarik perhatian ramai apabila muncul dalam iklan Wild Rift, dicalonkan dalam Anugerah Melodi Drama Sangat dan akan melakukan satu sumbangan amal menerusi acara Maggi Hotcup Charity Showdown esok.

Di Instagram, Soloz juga mencatatkan angka 1 juta pengikut begitu juga di Youtube.

Bagi yang tidak mengenali jejaka berusia 27 tahun ini, beliau pernah menjadi seorang pemain e-sukan dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang dan pernah menyertai pasukan Team Saiyan (dijenamakan pula kepada AirAsia Saiyan). Kini, beliau bersama organisasi e-sukan tersohor tanah air, Team Bosskurr.

Soloz juga banyak terlibat dalam aktiviti sumbangan amal.

Terbaru, beliau mengajak pengikutnya membincangkan isu kesihatan mental menerusi satu posting di Instagram.

 
 
 
View this post on Instagram

Time time macam sekarang ni, mesti ramai yang tengah lalui masalah mental seperti depression ataupun anxiety. Ye lah, lagi-lagi sekarang kita tak boleh nak keluar bersosial dengan kawan-kawan. Mamak depan rumah tu pun tak boleh. Apatah lagi kalau keluarga kita tinggal jauh dari kita, lagi lah. Ini adalah beberapa point untuk korang mengenalpasti : 1.Mengalami perubahan mood yang teruk yang menyebabkan masalah dalam hubungan 2.Berfikir untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain 3.Rasa keliru, pelupa, kecewa, marah, bimbang, atau takut 4.Berteriak atau bertengkar dengan keluarga dan rakan 5.Sukar untuk bertindak balas kepada kasih sayang dan keprihatinan Kepada sesiapa yang mengalami rasa tekanan atau risau, sini saya ada sertakan guideline ataupun cara-cara yang mungkin boleh bantu atasi masalah korang tu. Kita jaga kita jadi harap link ni boleh bantu korang sedikit sebanyak. Korang boleh share experience korang di comment section yang mungkin akan membantu orang lain di luar sana. https://www.instagram.com/miasa.malaysia/guide/all-about-anxiety/17965882717330394/?hl=en #RealTalk

A post shared by Faris Zakaria (@solozsoloz) on

Foto: Facebook Soloz

RELATED NEWS

+