PMPL MYSG: Anti Circle, skuad naungan Soloz tersingkir

Liga PMPL MY/SG musim keempat regular season akan berakhir tidak lama lagi, hari kedua weekdays semalam menyaksikan 16 pasukan yang layak ke super weekend akhir.

Team Bosskur, YSX, NSP Astra dan Anti Circle gagal meloloskan diri mereka ke peringkat super weekend akhir. Ini menyebabkan pasukan YSX, NSP Astra dan Anti Circle secara automatiknya tersingkir untuk ke peringkat country final.

Pasukan YSX berjaya ke super weekend minggu kedua sebelum ini dan mengumpul 69 mata namun tidak bernasib baik untuk minggu terakhir weekdays. Manakala pasukan Anti Circle dan NSP Astra tidak pernah ke super weekend dan menyebabkan mereka juga tersingkir.

Selain itu, pasukan Yoodo Alliance kini berada di tempat ke-17 dan mereka masih boleh menyelamatkan keadaan pasukan mereka dengan mendapatkan chicken yang banyak pada super weekend akhir untuk memintas pasukan Team Bosskurr yang mempunyai 145 mata.

Siapakah yang bakal mendapatkan tempat pertama bagi mendapatkan slot ke Kejohanan Asia Tenggara kali ini? 16 pasukan ini juga harus bersaing untuk mendapatkan sebanyak mata yang boleh bagi melayakkan diri ke Kejohananan Dunia PUBG Mobile (PMGC) nanti.

RELATED NEWS

+