Garena berkerjasama dengan Sony untuk membawa Venom ke Free Fire

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan cerita kosmetik Venom dan Eddie Brock yang akan diperkenalkan di battle royale Epic iaitu Fortnite. Kini langkah Garena dan Sony Pictures Entertainment pula untuk berkerjasama membawa watak Venom ke dalam battle royale mudah alih popular Free Fire.

Persilangan antara permainan Garena ini dan Venom: Let There Be Carnage secara rasmi akan bermula pada 10 Oktober, membawa pengalaman menyeluruh dengan kandungan eksklusif dari filem ini. Peminat Venom: Let There Be Carnage yang merancang untuk menonton filem di pawagam tidak lama lagi juga boleh melihat easter eggs Free Fire yang tersembunyi di dalam filem.

Jeffrey Godsick, eksekutif strategi dan penjenamaan di Sony Pictures Entertainment berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Free Fire dan komuniti pemainnya yang terlibat untuk memperkuat pengalaman filem Venom: Let There Be Carnage. Kami berharap peminat dapat menikmati apa yang kami ada untuk mereka,”

Free Fire mempunyai pelbagai kolaborasi yang lalu seperti Street Fighter V, Attack on Titan, One Punch Man dan lain-lain lagi.

Nantikan Venom di Free Fire pada 10 Oktober, manakala tayangan Venom: Let There Be Carnage pula akan berada di pawagam pada 1 Oktober.

RELATED NEWS

+