Geek Fam layak ke kejohanan dunia Free Fire World Series 2021 di Singapura

Selepas pertarungan sengit enam pusingan, nampaknya Geek Fam berjaya dinobatkan sebagai satu-satunya wakil Malaysia layak ke kejohanan dunia Free Fire (FFWS) 2021 yang akan berlangsung di Singapura pada 22 Mei ini.

Kejohanan yang mengumpulkan hadiah terkumpul RM8.2 juta itu membariskan 22 pasukan terbaik Free Fire daripada 14 negara dan rantau. Mereka akan berentap dalam format Play-Ins dan Finals.

Geek Fam sebentar tadi bertanding di peringkat akhir bersama pasukan Malaysia lain di kejohanan MCP Majors 2021.

Dalam kejohanan itu, Geek Fam mengumpul keseluruhan 96 mata jauh meninggalkan pasukan lain, Autoknockout di tempat kedua dengan hanya 64 mata dan Blacklist International dengan 55 mata.

Free Fire World Series 2021 SG akan bermula pada Mei ini.

Foto: Geek Fam

RELATED NEWS

+