Geek Fam MY mengacah pemain baru Mobile Legends

Jendela perpindahan (Transfer window) MPL MY musim kelapan sudah ditutup pada semalam. Antara pasukan yang melepaskan pemain adalah RSG MY. Mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Adib (Mom) di atas ketidakserasian bermain bersama ahli pasukan yang lain.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Geek Fam Malaysia (@geekfammy)

Pasukan Geek Fam MY juga tidak terkecuali untuk memanfaatkan jendela perpindahan dengan membawa masuk pemain baru. Mereka baru sahaja mengacah pemain baru itu dan meminta para peminat untuk meneka siapakah pemain baru yang akan dibawa masuk itu.

Antara pemain yang disenaraikan oleh pasukan Geek Fam MY menerusi story Instagram mereka ialah:

  1. DaddyHood
  2. Wheng
  3. Rippo
  4. Feekz
  5. Mom
  6. Xray

Di dalam barisan pemain di atas, Mom dan Rippo antara pemain yang berkemungkinan besar akan dibawa masuk. Rippo sudah tidak lagi diturunkan di dalam MPL Indonesia, manakala Mom pula tidak mempunyai pasukan yang baru lagi.

Terdahulu, Geek Fam MY menduduki tempat kedua di dalam kumpulan B selepas menewaskan EBLZ 2-0.

Siapakah di antara mereka yang anda rasa menjadi pemain baru untuk pasukan Geek Fam MY? Sila nyatakan di ruang komen.

Foto: Geek Fam Malaysia

RELATED NEWS

+